Thursday, 18 May 2017

Facts About Me 2.0.

Hellos!

On previous post about Facts About Me , aku dah list about 10 facts about myself.

So hari ni terasa nak tambah lagi lah facts. HAHAHHAH

Here we go!

50 FACTS ABOUT Norfarah Athirah

11. Paling takut + geli dengan cicak dan lipas. (Yang ni jangan buat main. Anak dia yang kecik tu pun aku boleh jerit + menangis kalau tiba tiba muncul)

12. Dah jadi seorang anak yatim :'(. Ibu dah pergi 5 bulan yang lalu. Farah kuat! :')

13. Crush pertama saya masa darjah 5 kalau tak silap. Dia anak cikgu. Cikgu tu kawan arwah Ibu 😂. Sampai Form 2 je. Sebab lepas tu saya gaduh dengan dia. Gaduh baling kerusi wehh!

14. Ada 3 lagu yang aku tak boleh dengar. Automatic kalau dengar, kau akan nampak air mata aku mengalir beb. Hint : Lagu Indonesia and Boy Band.

15. Tak suka Ayda Jebat since dia mulakan karier dia menyanyi. Dia berlakon mula mula okay je. Tapi takpe lah, rezeki dia. Huhu

16. Mula belajar makan sayur pada 24 April 2016.

17. Boleh duduk dalam bilik karaoke sampai 3 jam. Tapi masalah dia aku sorang sorang. Hahahha pun boleh jadi weh.

18. Tak suka kena pressure. Sebab jenis aku kalau stress tak boleh nak luah. Suka simpan dalam dalam. Tapi tak dendam lah.

19. Sekarang tengah sambung Ijazah. Doakan iolss tau uolss.

20. Sekarang baru rasa bodoh kenapa dulu gi buat rayuan masa tak dapat masuk PLKN. Hahahhaha. Ye, aku pergi PLKN sebab aku buat rayuan weh!


Ok! dah tu je dulu. Penat otak aku nak fikir apa patut bagitau, apa patut aku tapis. HAHAHAHAH.

Bye korang!
Assalamualaikum ^,^
Terima kasih daun keladi , lain kali datang lagi ^__^